Panglima Tentera Darat Sahkan 15 Pegawai Dikesan Terbabit Budaya ‘Parti Yeye’

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Azhan Md Othman mengesahkan seramai 15 pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) dikenal pasti terlibat dalam aktiviti tidak bermoral yang dikaitkan dengan budaya “Yeye”, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Beliau berkata, siasatan dalaman telah dijalankan dan kini berada dalam proses untuk mengambil tindakan yang adil serta telus terhadap pegawai terlibat.

Menurutnya, pihak TDM memandang serius sebarang pelanggaran perintah, arahan dan peraturan yang ditetapkan dalam perkhidmatan, dan tindakan tegas akan diambil tanpa sebarang kompromi.

“Ini isu penting yang perlu ditangani. Saya tegaskan yang salah tetap salah dan akan dihukum. Kita tidak melindungi mereka yang didapati bersalah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 204/25 dan Wanita Siri 50/25, di sini.

Azhan turut memaklumkan beliau telah mengarahkan Cawangan Siasatan Jenayah Tentera Darat Malaysia (TDM) serta agensi berkuasa berkaitan untuk melaksanakan siasatan terperinci terhadap semua aduan diterima, termasuk dakwaan aktiviti tidak bermoral tersebut.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kepimpinan baharu TDM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, termasuk pegawai berpangkat tinggi, dan tindakan tegas akan dikenakan sekiranya kesalahan dibuktikan.

Katanya, isu integriti dan disiplin merupakan teras kekuatan Tentera Darat Malaysia, dan sebarang kesalahan walaupun melibatkan seorang individu boleh memberi kesan besar terhadap imej, kredibiliti serta kepercayaan rakyat kepada organisasi itu.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pihaknya memandang serius dakwaan berkaitan kemasukan individu tidak berkaitan dan aktiviti tidak bermoral di dalam kem tentera yang tular di media sosial.

Susulan itu, Angkatan Tentera Malaysia diarahkan menjalankan siasatan dalaman segera bagi menentukan kesahihan dakwaan tersebut secara menyeluruh.

Dalam perkembangan sama, seramai 1,732 Perajurit Muda termasuk 596 Perajurit Muda Wanita berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan masing-masing di Pusat Latihan Asas Tentera Darat.



Azhan berkata, perbarisan tamat latihan itu melambangkan kejayaan perajurit muda menamatkan latihan asas ketenteraan serta mencerminkan komitmen berterusan TDM dalam melahirkan anggota yang berdisiplin, berkualiti dan berwibawa demi mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara.

BERKAITAN: Hapuskan ‘Parti Yeye’ Dalam Tentera, Perkahwinan Saya Hancur Kerana Parti Liar Itu

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan