‘Luna’ Dalang Sindiket Dadah Berselindung Di Sebalik Kedai Makan Di Kota Bharu

Suspek wanita yang diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai dalang utama sindiket rampasan bunga ganja bernilai RM1.82 juta minggu lalu, didakwa berselindung di sebalik perniagaan kedai makan bagi mengaburi kegiatan haram itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata suspek berusia lingkungan 30-an yang dikenali sebagai Luna turut mengamalkan gaya hidup mewah dan dipercayai aktif mendalangi sindiket berkenaan sejak tahun lalu.

Menurutnya, wanita terbabit dipercayai memiliki dua kerakyatan dan sering berulang-alik menetap di Kelantan serta Thailand.

“Sebelum ini saya dimaklumkan suspek mempunyai sebuah kedai makan di Kota Bharu, namun premis itu kini sudah ditutup.

Kita tidak menolak kemungkinan dia berselindung menjalankan sindiket penyeludupan dadah di sebalik perniagaan tersebut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Berdasarkan pemerhatian media sosial, wanita itu turut memaparkan gaya hidup mewah dan dipercayai aktif dalam kegiatan dadah sejak 2024,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis sedang memburu seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang dipercayai ketua sindiket penyeludupan dadah susulan penahanan tiga individu serta rampasan bunga ganja bernilai RM1.82 juta di Kuala Krai, minggu lalu.

Dalang sindiket berkenaan dipercayai seorang wanita yang memiliki dua kerakyatan dan berpangkalan di negara jiran.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, dilaporkan berkata rampasan dadah tersebut adalah hasil operasi selama empat bulan menerusi Ops Agas.

Operasi berkenaan turut mendedahkan bunga ganja yang dirampas dipercayai untuk pasaran antarabangsa.

BERKAITAN:
Polis Buru Wanita Disyaki Dalang Sindiket Dadah RM1.82 Juta Di Kuala Krai
Polis Dedah Gambar Wanita Dikehendaki Dipercayai Ketua Sindiket Dadah Kelantan



Susulan itu, pihak Bukit Aman turut memohon bantuan Polis Thailand bagi mengesan Luna, namun setakat ini masih belum terdapat sebarang perkembangan lanjut.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
32 Gol Semusim, Mbarga Bagi Bayangan Kekal Bersama KRW FC
|
Pemenang kasut emas Liga A1 Semi Pro, Emmanuel Mbarga…
Jangan Sekadar Tulis Di Media Sosial, Exco Minta Aduan Air Terus Dibuat Kepada AKSB
|
Kerajaan Kelantan meminta rakyat menyalurkan aduan berkaitan bekalan air…
Makmal Bertaraf Global Dibuka, Kelantan Sasar Jadi Hab Industri REE Lengkap
|
Kelantan menyasarkan pembangunan rantaian industri unsur nadir bumi bukan…
Lelaki Dicekup Selepas Diekori 30KM, 1.2 Tan Minyak Masak Subsidi Dirampas
|
Taktik seorang lelaki membawa hampir 1.2 tan minyak masak…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!