Diskaun 90 Peratus Tunggakan Denda Cukai Tanah Dilanjutkan Hingga 31 Mac 2026

Kerajaan Kelantan mengumumkan lanjutan tawaran diskaun sebanyak 90 peratus ke atas tunggakan denda cukai tanah sehingga 31 Mac 2026, bagi memberi ruang dan kelegaan kepada rakyat melunaskan tanggungjawab mereka.

Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, berkata tawaran yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember 2025 itu dilanjutkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap keperluan rakyat.

“Dengan penuh rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap keperluan rakyat, saya ingin mengumumkan bahawa tawaran diskaun sebanyak 90 peratus ke atas tunggakan cukai tanah yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember 2025 akan dilanjutkan sehingga 31 Mac 2026,” katanya.

Menurut beliau, keputusan tersebut diambil sebagai manifestasi komitmen Kerajaan Negeri untuk terus menggalakkan rakyat melaksanakan tanggungjawab bersama secara berhemah demi kemajuan pembangunan negeri.

Tambahnya, pendekatan yang memberi kelonggaran seperti ini bukan bertujuan membebankan rakyat, sebaliknya membantu mereka menyelesaikan tunggakan di samping memastikan pengurusan hasil negeri kekal mampan dan berintegriti.



Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 di Kompleks Pentadbiran Kota Darulnaim, pada Khamis.

TERKINI

[VIDEO] Dewan Rakyat Tegang, Jelutong Petik Kelantan Paling Tinggi Kes Seksual
|
Dewan Rakyat hari ini dilaporkan hampir menjadi tegang apabila…
Anggota Bomba Didakwa Memandu Cuai, Kanak-Kanak Cedera Parah Di Bachok
|
Seorang anggota bomba berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah…
Ibu Bapa Kelantan Sanggup Jual Tanah Demi Pastikan Anak Berjaya Dalam Pelajaran
|
Semangat masyarakat Kelantan yang mengutamakan pendidikan sejak dahulu menjadi…
Rakyat Malaysia Cedera Akibat Letupan Bom Di Takbai
|
[Dikemaskini] Dua orang rakyat Malaysia cedera selepas terkena letupan…
Kanak-Kanak 6 Tahun Tertusuk Paku, Kayu 1 Meter Melekat Pada Tangan
|
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa mendapatkan bantuan…
Individu Tampil Fakta, Bidas Dakwaan Nga Kor Ming Kelantan ‘Juara’ HIV, Rogol
|
Sebuah video memaparkan ceramah Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!