17 Tan Bakul Makanan Ke Pedalaman Kelantan, 956 KIR Orang Asli Terima Bantuan

Sebanyak 17 tan bakul makanan berjaya dihantar ke lima penempatan Orang Asli pedalaman di Kelantan, memberi manfaat kepada 956 ketua isi rumah (KIR) sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, memaklumkan bantuan berkenaan disalurkan ke lima Pos Orang Asli pedalaman dengan pelaksanaan misi udara yang berjalan lancar.

“Sebanyak 17 tan bakul makanan dihantar ke lima Pos Orang Asli pedalaman, melibatkan 956 KIR yang menerima ihsan Kerajaan Persekutuan. Misi udara berjalan dengan baik dan amanah sampai ke pedalaman. Tahniah Unit Udara Bomba dan Penyelamat serta JAKOA,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memperuntukkan lebih RM146,000 bagi bantuan bakul makanan ke kawasan pedalaman di Kelantan sepanjang MTL bagi tempoh 2025 hingga 2027.

Pengarah JAKOA Kelantan dan Terengganu, Mohd Faedzyal Mohamed, berkata peruntukan itu melibatkan penghantaran bekalan makanan ke lima penempatan Orang Asli iaitu Pos Balar, Pos Belatim, Pos Simpor, Pos Gob dan Pos Bihai.

“Seramai 956 ketua isi rumah menerima bakul makanan asas seperti beras, gula, minyak masak dan keperluan lain. Bantuan ini diberikan kerana penduduk terlibat akan terputus hubungan semasa MTL dan tidak dapat keluar ke bandar untuk mendapatkan bekalan makanan,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Mohd Syahbuddin merakamkan penghargaan kepada kerajaan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) khususnya Unit Udara yang melaksanakan penerbangan ihsan bagi memastikan bantuan sampai kepada masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!