“Tak bergerak langsung” – Perantau luah Kelantan sesak teruk [VIDEO]

Perjalanan yang biasanya mengambil masa beberapa jam bertukar menjadi mimpi ngeri buat sebahagian perantau apabila terpaksa menempuh kesesakan jalan raya sehingga lebih 11 jam sempena musim cuti sekolah ketika ini.

Situasi itu dikongsikan menerusi beberapa video dan komen tular di TikTok yang memaparkan kesesakan luar biasa di laluan utama, khususnya dari Kelantan menghala ke Lembah Klang.

Seorang pengguna dikenali sebagai Airulminn berkata, dia mengambil masa 11 jam 30 minit untuk sampai dari Tanah Merah ke Bangi, dengan kesesakan paling teruk berlaku di Gua Musang.

“Tanah Merah ke Bangi. 11 jam 30 minit, Gua Musang punya pasal,” katanya ringkas.

Perkara sama turut dialami pengguna lain. Seorang pengguna TikTok, Honey Wee, berkongsi pengalaman perjalanan dari Melaka ke Machang yang mengambil masa lebih 10 jam.

“Gerak dari Melaka pukul 12 tengah hari, Alhamdulillah 10.45 malam sampai bumi Machang. Jem tapi bergerak. Yang hala ke Kuala Lumpur memang ada yang tak bergerak,” katanya.

Sementara itu, pengguna lain dikenali sebagai Bboyka mendakwa kesesakan bukan hanya tertumpu di Kelantan, malah hampir di semua laluan utama.

“Rata-rata tempat sesak, saya dari Melaka nak Kedah pun sampai 15 jam,” ujarnya.

Tinjauan menerusi siaran langsung di TikTok pada Ahad, mendapati laluan utama Jalan Gua Musang–Merapoh mengalami kesesakan luar biasa, terutama dari kawasan selepas bandar Gua Musang menghala ke Merapoh, dengan kenderaan dilaporkan bergerak sangat perlahan.

Difahamkan, keadaan itu dipercayai berpunca daripada permukaan jalan rosak akibat hujan berterusan, selain kerja pembinaan lebuh raya baharu yang masih belum siap sehingga menyebabkan laluan mengecil dan aliran trafik tersekat.

Situasi menjadi lebih buruk apabila pertambahan kenderaan berlaku susulan ramai pengguna jalan raya pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti sempena Krismas dan cuti persekolahan.



Orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan pihak berkuasa serta bersabar bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

@ariffin.mukhtar.ii

Jemm Gua Musang harini. 28 dis 2025

♬ original sound - Ummi - AHMAD SIR



Sumber: Kosmo

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!