KPDN Kelantan rampas 8.3 tan minyak masak peket dipercayai untuk diseludup

Sebanyak 8.3 tan minyak masak peket bersubsidi dirampas selepas disyaki cuba diseleweng dalam satu operasi di Kampung Bunohan, Tumpat, Kelantan, pada Ahad.

Rampasan itu dibuat hasil operasi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dan Polis Marin Wilayah 3 sekitar jam 2.57 petang.

Dalam operasi berkenaan, sebuah lori yang berada dalam keadaan mencurigakan telah diekori sebelum diserbu. Bagaimanapun, dua individu yang dipercayai bertindak sebagai kelindan bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran sebaik serbuan dilakukan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kira-kira 450 kotak yang berisi minyak masak peket bersubsidi berjenama yang disyaki untuk tujuan penyelewengan.

“Pihak KPDN menyita sebuah kenderaan bernilai RM45,000 bersama muatan minyak masak bersubsidi berjumlah keseluruhan 8,330 kilogram dengan nilai RM20,825.00 menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM65,825,” katanya dalam satu kenyataan.

Usaha mengesan suspek dijalankan hampir dua jam di sekitar lokasi kejadian, namun semua individu yang terlibat gagal dikesan.



Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

Sumber: Free Malaysia Today

TERKINI

Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Wanita Ditahan Bersama 5 Laras Senjata Api Termasuk M16 Di Kuala Krai
|
Polis menahan seorang wanita dan merampas lima laras senjata…
Polis Buru 5 Suspek Kes Tembakan Di Kemahang, Lelaki Cedera Di Dagu
|
Polis kini memburu lima suspek yang disyaki terbabit dalam…
Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Cameron Highlands
|
Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat…
“Tak Pernah Terfikir Jadi Hafiz, Tapi Di Penjara Saya Hafaz 30 Juzuk”
|
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz,…
Jawatan Kosong Kelantan