Kereta terbabas langgar tiang elektrik di Machang, bapa maut 2 anak cedera

Seorang bapa maut manakala dua anaknya cedera selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Kilometer 31, Jalan Kota Bharu–Kuala Krai, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Samad, Pulai Chondong, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang maut merupakan penumpang hadapan dan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, siasatan awal mendapati kenderaan berkenaan dipandu seorang lelaki bersama abang dan ayahnya dalam perjalanan pulang dari Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu ke Kuala Krai selepas selesai urusan temu janji perubatan.

Menurut beliau, setibanya di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri dan melanggar tiang elektrik di bahu kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu dan penumpang belakang mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut, manakala penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 011-19454020 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di 09-9751222.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan