Had umur lesen dulang emas akan diputuskan, remaja sekolah dinasihatkan tidak turun sungai

Kerajaan Kelantan bakal memuktamadkan had umur individu yang layak memohon lesen mendulang emas dalam masa terdekat, susulan peningkatan minat orang ramai terhadap aktiviti itu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata ketika ini belum ada ketetapan umur minimum, namun perincian lengkap akan diumumkan tidak lama lagi.

“Keputusan akan dibuat dalam masa terdekat dan rakyat boleh memohon lesen mendulang emas dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mulai bulan depan.

“Pendulang emas ini perlu mengikut syarat yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan masing-masing,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan orang ramai terutamanya golongan muda agar lebih berhati-hati ketika turun ke sungai mencari emas.

“Kita harap pendulang emas mengutamakan keselamatan dan remaja yang masih bersekolah dinasihatkan supaya tidak melakukan kerja mendulang emas.

“Ini penting supaya mereka memberi tumpuan pada pelajaran dan dalam masa sama menjaga keselamatan,” jelasnya.

Sebelum ini, kerajaan negeri menetapkan bahawa lesen mendulang emas di tanah kerajaan hanya dibuka kepada rakyat Kelantan dengan bayaran RM100 setahun.

Pendulang berlesen pula hanya dibenarkan menggunakan kaedah tradisional tanpa mesin atau peralatan berat dan hanya di kawasan yang diwartakan sebagai tanah kerajaan.

Empat lokasi sudah dikenal pasti sebagai kawasan mendulang emas utama: Tanah Merah, Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai.

Sejak pengumuman lesen dibuka, aktiviti mendulang semakin mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar sekolah.



Di Gua Musang, sekumpulan pelajar sekolah menengah dilihat turun ke sungai setiap kali cuti dan hujung minggu untuk mencari duit poket dengan cara mendulang emas.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!