Google akhirnya benarkan pengguna tukar alamat E-mel buat kali pertama

Google akhirnya membuka satu ciri yang lama dinantikan pengguna apabila membenarkan alamat e-mel berakhir dengan @gmail.com ditukar kepada nama baharu, sesuatu yang sebelum ini tidak dibenarkan.

Sebelum ini, hanya pengguna akaun Google yang menggunakan e-mel pihak ketiga sahaja boleh menukar alamat e-mel akaun mereka.

Namun, menerusi kemas kini terbaharu di halaman sokongan Google, polisi tersebut kini telah berubah.

Menerusi ciri baharu ini, pengguna boleh menukar alamat e-mel Gmail sedia ada kepada alamat baharu dengan nama pengguna berbeza.

Sebagai contoh alamat e-mel asal seperti ali_dragonballgt@gmail.com boleh ditukar kepada nama yang lebih profesional seperti mohdalizainudin@gmail.com.

Menariknya, selepas penukaran dibuat, alamat e-mel asal masih akan terus menerima e-mel ke peti masuk yang sama.

Kedua-dua alamat juga boleh digunakan untuk log masuk ke akaun Google, tanpa menjejaskan sebarang data sedia ada seperti e-mel, mesej, fail atau foto.

Google turut menjelaskan bahawa pengguna dibenarkan untuk menukar semula kepada alamat e-mel asal pada bila-bila masa sekiranya perlu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang dikenakan.

Antaranya, pengguna tidak dibenarkan mencipta akaun Google baharu dengan alamat @gmail.com untuk tempoh 12 bulan selepas penukaran, selain alamat e-mel baharu tidak boleh dipadam.

Menurut Google, ciri penukaran alamat e-mel Gmail ini sedang dilancarkan secara berperingkat, justeru tidak semua pengguna akan menerima pilihan tersebut dalam masa terdekat.



KD: Ramai letak e-mel lama sejak zaman sekolah dengan bermacam nama, jadi ciri ini memang melegakan untuk nampak lebih profesional tanpa kehilangan data lama.

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!