Gempa bumi 3.4 magnitud landa Bukit Kepong, Pagoh pagi ini

Satu kejadian gempa bumi lemah dengan kekuatan 3.4 magnitud dilaporkan berlaku di kawasan Bukit Kepong, Pagoh, Johor pada jam 8.55 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gegaran dikesan pada koordinat 2.4 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur, kira-kira 16 kilometer dari Bandar Segamat, Johor.

Gegaran tersebut direkodkan pada kedalaman 10 kilometer.

Difahamkan, kesan gegaran turut dirasai oleh penduduk di beberapa kawasan sekitar Johor termasuk sebahagian negeri Melaka.

Susulan itu, MetMalaysia meminta orang ramai yang merasai gegaran supaya tampil membantu dengan mengisi borang kaji selidik bagi tujuan pengumpulan data dan penilaian impak gempa bumi berkenaan.

https://forms.gle/CyUwHQE9LnyuWaJ37

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan