Bapa dan anak maut kereta bertembung, jatuh tebing di Jeli

Dua beranak maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kampung Batu Melintang, Jeli, pada Khamis.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohammad Asraf Mat Nazi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.59 tengah hari membabitkan perlanggaran antara sebuah Lexus dan Perodua Alza.

“Akibat perlanggaran itu, Perodua Alza terbalik dan terjatuh ke bawah tebing jalan dengan dua mangsa lelaki tersepit dalam kenderaan tersebut,” katanya kepada Bernama semalam.

Menurut beliau, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Arif Azhari, 39, dan anaknya Alif Fitri, 16. Sementara itu, pemandu kenderaan Lexus berusia 60 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan awal di lokasi kejadian.



Operasi menyelamat yang membabitkan lapan anggota bomba ditamatkan pada jam 3.47 petang sebelum mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Bernama

TERKINI

Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Wanita Ditahan Bersama 5 Laras Senjata Api Termasuk M16 Di Kuala Krai
|
Polis menahan seorang wanita dan merampas lima laras senjata…
Polis Buru 5 Suspek Kes Tembakan Di Kemahang, Lelaki Cedera Di Dagu
|
Polis kini memburu lima suspek yang disyaki terbabit dalam…
Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Cameron Highlands
|
Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat…
“Tak Pernah Terfikir Jadi Hafiz, Tapi Di Penjara Saya Hafaz 30 Juzuk”
|
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz,…
Jawatan Kosong Kelantan