Polis Kelantan tegaskan tiada kompromi kepada mangsa banjir degil berpindah

Ketika air di beberapa kawasan rendah di Kelantan semakin meningkat, polis menegaskan mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana mangsa banjir yang enggan berpindah walaupun kediaman sudah mula dimasuki air.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menjelaskan tindakan tegas itu perlu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, terutama risiko mangsa terperangkap apabila paras air naik secara mendadak.

Beliau berkata, masih ada penduduk yang memilih untuk kekal di rumah kerana bimbang berlaku kecurian, namun polis akan mengarahkan mereka berpindah demi keselamatan.

Menurutnya, rondaan dan pemeriksaan akan dilakukan di kawasan terjejas bagi memastikan tiada lagi penghuni yang tertinggal selain mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Tambah beliau, kelewatan berpindah sebenarnya boleh menyukarkan operasi menyelamat, terutama pada waktu malam atau ketika air naik secara tiba-tiba.

Setakat ini, situasi banjir di Kelantan dilaporkan terkawal dengan pemindahan melibatkan penduduk dari kawasan rendah di Bachok, Tumpat, Pasir Puteh dan Kota Bharu.

Setakat ini juga, seramai 9,772 mangsa daripada 3,585 keluarga ditempatkan di 40 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri.

Polis turut menasihatkan mereka yang berpindah supaya membawa dokumen penting serta barangan berharga bagi mengelakkan kerugian, selain mengesahkan belum ada kes kecurian dilaporkan di rumah yang ditinggalkan mangsa.

Dalam masa sama, pemantauan turut dipertingkatkan di kawasan sempadan bagi mengekang cubaan penyeludupan ketika musim banjir.

Polis tidak menolak kemungkinan penyeludup mengambil kesempatan menggunakan bot atau perahu jika paras air terus meningkat dan akan menyelaraskan strategi operasi bagi menghalang kegiatan itu.



KD: Kadang-kadang kita rasa rumah masih selamat, tapi air banjir memang tak boleh dijangka. Lebih baik keluar awal daripada terperangkap last minute. Semoga semua dipermudahkan.

Sumber: Bernama

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!