Lebih 20,000 mangsa banjir berada di 119 PPS setakat pagi ini

Gelombang banjir yang melanda beberapa negeri terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 20,146 mangsa kini ditempatkan di 119 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan lapan negeri, termasuk Pahang yang baharu sahaja dilanda sejak awal pagi tadi.

Di Selangor, angka mangsa meningkat ketara kepada 2,697 orang daripada 740 keluarga berbanding 1,732 orang malam tadi. Pembukaan PPS juga bertambah, kini 19 buah, termasuk PPS baharu di Shah Alam dan Klang seperti Sekolah Rendah Agama Seksyen 16, Dewan MBSA Jati Kampung Sungai Kandis, SK Rantau Panjang dan Dewan Kemuning Utama.

Pahang pula mencatat pembukaan PPS di daerah Raub dengan 23 mangsa berlindung di PPS Balai Raya Kampung Ulu Sungai. Paras air di Kuala Mendang, Lipis dilaporkan meningkat kepada 85.35 meter, melepasi tahap bahaya.

Di Kelantan, situasi terus meruncing apabila jumlah mangsa meningkat kepada 9,959 orang daripada 3,643 keluarga pagi ini. Sebanyak 40 PPS beroperasi di empat jajahan terjejas iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh. Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang terus meningkat kepada 8.55 meter dan berada pada tahap amaran.

Terengganu pula menunjukkan sedikit kelegaan apabila jumlah mangsa menurun kepada 97 orang yang kini ditempatkan di SK Kuala Besut.

Di Kedah, banjir masih serius. Mangsa meningkat kepada 1,632 orang dengan 12 PPS beroperasi di Kubang Pasu dan Kulim. Paras empat sungai sudah melebihi tahap bahaya termasuk Sungai Laka, Sungai Bata, Sungai Perik dan Sungai Titi Kerbau.

Perlis juga merekodkan peningkatan mangsa kepada 2,694 orang, ditempatkan di 13 PPS sekitar Padang Besar, Arau dan Kangar.

Di Pulau Pinang, jumlah mangsa berkurang sedikit kepada 366 orang di empat PPS, namun cuaca di hampir seluruh negeri kekal mendung sejak pagi.

Sementara itu di Perak, keadaan bertambah buruk apabila jumlah mangsa naik kepada 2,678 orang merangkumi enam daerah. Manjung menjadi kawasan paling terjejas dengan 1,310 mangsa di 13 PPS. Dua sungai di negeri itu turut melepasi paras bahaya iaitu Sungai Bidor dan Sungai Slim.



Situasi keseluruhan menunjukkan banjir masih berada pada tahap membimbangkan di kebanyakan negeri, terutama kawasan rendah dan berhampiran sungai utama.

Sumber: Bernama

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan