Kelantan paling untung berbanding negeri pengeluar emas lain

KOTA BHARU – Kelantan merupakan negeri yang menerima kadar royalti emas tertinggi di antara lima negeri pengeluar emas, kata Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Beliau berkata, kadar royalti emas di Kelantan ditetapkan sebanyak 10 peratus, menjadikannya yang tertinggi berbanding lima negeri lain yang turut mengeluarkan hasil emas.

“Daripada lima negeri pengeluar emas di negara ini, kadar royalti ditetapkan antara 5 hingga 7.5 peratus, namun Kelantan mengenakan kadar 10 peratus kepada syarikat pengeluar,” katanya di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, hari ini.

Menurut beliau, kadar tinggi itu membuktikan kerajaan negeri amat cakna terhadap hak rakyat serta kepentingan negeri terhadap hasil mineral yang terdapat di bumi Kelantan.

Katanya, langkah itu juga menolak dakwaan sesetengah pihak di media sosial yang mendakwa negeri ini hanya menerima sedikit hasil daripada aktiviti perlombongan emas oleh syarikat pengeluar.



Dalam perkembangan lain, beliau menyatakan industri emas patuh syariah di Kelantan terus menunjukkan prestasi cemerlang apabila Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT), anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), mencatatkan jumlah jualan bernilai RM119 juta sehingga tahun 2024.

#KelantanDaily

TERKINI

5 Gambar Terkini Pembangunan Zon Pelancongan Bersepadu Pantai Geting
|
Projek pembangunan Bandar Sempadan Antarabangsa di Pantai Geting kini…
Penduduk Tunggu Sejak 2021, Jambatan Pasir Era Di Kuala Krai Tak Siap-Siap
|
Lebih 3,000 penduduk di lima kampung di seberang Sungai…
Bekas Pakar Bius Dari Bachok Kini Tenang Ternak Kambing
|
Jika dahulu hidupnya dipenuhi tekanan dan detik cemas di…
Individu Kongsi Pengalaman Kembali Guna Khidmat Zaki Tiub Motor Selepas 20 Tahun
|
Nama Mohamad Zaki Mamat, 48, atau lebih dikenali sebagai…
Kelantan Nafi UEC Jadi Syarat Kemasukan Program Asasi KIAS, Hanya SPM Diiktiraf
|
Kerajaan Kelantan menafikan bahawa kelayakan Unified Examination Certificate (UEC)…
7 GRO Warga Asing, 3 PATI Myanmar Ditahan Di Kota Bharu
|
Kegiatan tujuh wanita warga asing yang dipercayai menyalahgunakan pas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!