JPJ Terengganu pantau van Thailand memandu macam ‘pelesit’

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kini memberi tumpuan khusus kepada kemunculan van komersial dari Thailand yang didakwa sering melakukan kesalahan lalu lintas ketika berada di negeri ini.

Menurut Pengarah JPJ Terengganu, Mohd Zamri Samion, aduan paling kerap diterima ialah pemandu van dari negara jiran itu gemar memotong secara berbahaya termasuk di kawasan garisan berkembar, lapor Kosmo.

Beliau berkata, banyak kenderaan tersebut memasuki Terengganu melalui laluan dari Kelantan termasuk Lebuh Raya Pantai Timur 2 dan mengundang kebimbangan pengguna jalan raya tempatan.

Katanya, susulan aduan itu, JPJ kini memberi fokus lebih ketat terhadap pergerakan van yang datang dari negara jiran.

Pada masa sama, tumpuan JPJ turut diperkasakan terhadap kenderaan perdagangan lain yang sering berdepan isu pematuhan had muatan.

Selain lebihan muatan, kesalahan seperti memandu di lorong kanan secara berterusan, memotong di garisan berkembar, tiada lesen memandu dan tiada insurans juga masih berlaku dalam kalangan pemandu kenderaan berat.

Mohd Zamri berkata, operasi penguatkuasaan telah dijalankan secara berterusan selama 16 jam sehari sejak 14 Oktober lalu.

JPJ juga mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri logistik untuk memberi penjelasan berhubung peraturan yang perlu dipatuhi.

Katanya, pematuhan dilihat semakin baik namun tidak menolak kemungkinan masih ada segelintir pemandu yang cuba mengelak pemeriksaan dengan menggunakan laluan alternatif.

Bagi menutup ruang tersebut, JPJ akan mengetatkan penguatkuasaan termasuk menggunakan taktik penyamaran oleh anggota di lokasi tertentu.



KD: Tak semua, tapi kebanyakan 'Van VIP Thailand' memang bawa van macam pelesit. Nanti kalau jumpa boleh hantar rakaman dashcam kepada JPJ

Sumber: Kosmo

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!