Wanita seleweng wang zakat RM120,000 ditahan SPRM

PETALING JAYA – Seorang bekas kakitangan sebuah badan berkanun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan sindiket penyelewengan dana bantuan peruntukan wang zakat berjumlah kira-kira RM120,000 bagi 28 pemohon yang tidak layak.

Suspek wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang Sabtu ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Perintah reman selama empat hari sehingga 22 Oktober ini dikeluarkan Majistret Farah Nabihah Muhammad pagi Ahad.

Menurut sumber, suspek disyaki meminta dan menerima wang rasuah bernilai kira-kira RM2,500 dan melakukan perbuatan tersebut pada Mac lalu.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank syarikat miliknya,” katanya.



Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

#KelantanDaily
Sumber: Utusan

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!