Tukang masak wanita direman 4 hari sebar video ‘Mat Tere’

KOTA BHARU – Seorang tukang masak wanita ditahan polis selepas dipercayai menyebarkan video seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dikenali sebagai Mat Tere yang menunjukkan kemaluan dalam satu siaran langsung di TikTok, minggu lalu.

Wanita berusia 27 tahun itu ditahan di Kuala Lumpur kelmarin dan kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa, Muhammad Zul Apiz Baharum, 37, atau dikenali sebagai Mat Tere.

“Wanita berkenaan bekerja di Kuala Lumpur dan kini ditahan reman. Suspek dijangka didakwa esok di Mahkamah Kota Bharu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Mohd Yusoff, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media melaporkan keluarga kepada Muhammad Zul Apiz meminta orang ramai agar tidak mengambil kesempatan terhadap Mat Tere yang juga seorang OKU, susulan penularan video terbabit di TikTok.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian

TERKINI

Juruwang Didenda RM5,000 Rakam Kakak Ipar Dalam Tandas Guna Pen Perakam
|
Seorang juruwang didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini…
Dikejar 10 Kilometer, Lelaki Tinggalkan 1.36 Tan Minyak Masak Bersubsidi
|
Cubaan seorang lelaki meloloskan diri daripada pihak berkuasa berakhir…
Rohingya Tidak Layak Mohon Lesen, Pemilik Kenderaan Boleh Didakwa – JPJ Kelantan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menegaskan etnik Rohingya tidak…
Saifuddin Dedah 5 Daerah Catat Penyalahgunaan Dadah Tertinggi Dalam Negara
|
Penyalahgunaan dadah sintetik kini menjadi ancaman terbesar negara apabila…
Kereta Dah Jumpa, Nor Afiza Masih Belum Ditemui Sejak 16 Jun
|
Seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak…
Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!