Sindiket penyeludupan migran di Kota Bharu tumpas, 25 individu ditahan

KOTA BHARU – Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir penduduk tempatan yang menjadi ‘tali barut’ dalam kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin akhirnya terbongkar apabila Jabatan Imigresen Kelantan menumpaskan satu sindiket penyeludupan migran dalam Ops Serkap di sekitar Lembah Sireh, di sini pada isnin.

Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan, berkata dalam operasi bermula kira-kira 7 pagi, sebanyak 24 warga asing dan seorang lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai pengangkut migran telah ditahan.

Beliau berkata, pasukan operasi berjaya memintas sebuah kereta persendirian yang digunakan untuk membawa masuk 10 warga asing secara haram ke negara ini melalui beberapa perjalanan berbeza.

“Pemandu kenderaan jenis Proton Persona itu, iaitu seorang warga tempatan telah ditahan dan kini disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 kerana dipercayai menjadi ejen pengangkut atau tali barut sindiket penyeludupan migran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, dalam pemeriksaan berasingan di kawasan Terminal Bas Lembah Sireh, pihak berkuasa turut menahan 14 lagi warga asing pelbagai kewarganegaraan yang dipercayai baru tiba atau sedang menunggu untuk dipindahkan ke lokasi lain.

Mohamed Yusoff Khan berkata, semua tahanan kini ditempatkan di Kompleks Imigresen Kelantan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.

#KelantanDaily
Sumber: Harian Metro

TERKINI

Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Kanak-Kanak Autistik Tujuh Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 13 Pangsapuri
|
Seorang ibu dari Pasir Puteh, Kelantan tidak menyangka perasaan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!