Polis kesan pengasas kosmetik guna pondok pengajian untuk pengubahan wang haram

KOTA BHARU – Polis Kelantan mengesahkan menerima maklumat awal bahawa terdapat dalam kalangan pengasas kosmetik yang menjadikan pusat pengajian atau madrasah sebagai lokasi pengubahan wang haram, lapor Utusan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sejauh mana kebenaran maklumat tersebut.

Beliau berkata, hasil kerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mendapati sebahagian besar madrasah, pondok dan pusat tahfiz di negeri ini tidak berdaftar dengan pihak berkuasa agama.

“Kita bimbang apabila pusat pengajian agama ini tidak berdaftar, ia akan disalah guna untuk kegiatan seperti pengubahan wang haram dan sebagainya.

Mengejutkan lagi, ada dalam kalangan pengasas kosmetik sanggup memberi sumbangan mencecah jutaan ringgit dengan alasan pelaburan untuk saham akhirat,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memaklumkan, polis akan terus bekerjasama dengan MAIK dalam memantau perkara tersebut, termasuk mengenal pasti sebarang ajaran sesat di kalangan pusat pengajian yang tidak berdaftar.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu status pendaftaran madrasah, pondok atau tahfiz sebelum menyalurkan sumbangan.



“Selain itu, pastikan juga guru yang mengajar di situ memiliki tauliah bagi mengelakkan penyalahgunaan gelaran ustaz atau wali yang boleh menyelewengkan ajaran agama,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Utusan

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!