PGA Tumpaskan sindiket ketum, rampasan cecah RM30,000

KUANTAN – Ibu Pejabat Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran ketum dalam satu serbuan di Kampung Padang 2, Kuantan.

Dalam operasi Op Taring Mitra yang dijalankan pada jam 6.30 pagi pada jumaat, tiga lelaki tempatan berusia 41, 48 dan 57 tahun ditahan selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti memproses serta mengedar air ketum.

Hasil pemeriksaan di lokasi menemukan 163.45 kilogram daun ketum dan 796 bungkus air ketum siap diproses dengan jumlah anggaran 636.8 liter. Turut dirampas tiga unit telefon bimbit serta beberapa peralatan penyimpanan ketum.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM30,142. Semua tangkapan dan barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk tindakan lanjut.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

#KelantanDaily
Sumber: Briged Tenggara PGA

No posts found!

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!