Pempengaruh media sosial, Rambo Castello meninggal dunia di Jogjakarta

KOTA BHARU – Pempengaruh media sosial, Rambo Castello meninggal dunia jam 2.38 pagi Jumaat waktu Indonesia selepas ditidurkan di Rumah Sakit Sardjito, Jogjakarta sejak 5 Oktober lalu akibat serangan jantung.

Jenazah kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jeli itu, yang dikenali sebagai Cikgu Li atau nama sebenarnya Ahmad Radzli Che Ngah, 59, dijangka dibawa pulang ke Malaysia hari ini untuk dikebumikan di Kampung Legeh, Air Lanas, Jeli, selepas selesai urusan bersama Kedutaan Malaysia.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Asiah Abdullah, 55, dan anak ketiga, Hafizul Fazli, 30.

Menurut Hafizul Fazli, sebelum meninggal dunia, bapanya sempat sedarkan diri pada Rabu.

“Alhamdulillah, saya dan ibu dapat berinteraksi dengannya. Walaupun bapa tidak dapat bercakap namun dia senyum dan mengangguk semasa kami berbual dengannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya lagi, punca kematian bapanya ialah serangan jantung serta jangkitan pada paru-paru selepas diserang asma ketika rawatan.

“Ketika ini kami sedang menunggu pihak kedutaan untuk menguruskan proses membawa pulang jenazah ke Malaysia. Jenazah telah siap dimandikan dan dijangka diterbangkan pada hari ini, namun waktu belum dimaklumkan lagi,” ujarnya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan keluarga merayu kerajaan agar membantu membawa pulang pempengaruh itu yang ditidurkan di hospital berkenaan sejak 5 Oktober lalu akibat serangan jantung.



Allahyarham dilaporkan bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Saifuddin Dedah 5 Daerah Catat Penyalahgunaan Dadah Tertinggi Dalam Negara
|
Penyalahgunaan dadah sintetik kini menjadi ancaman terbesar negara apabila…
Kereta Dah Jumpa, Nor Afiza Masih Belum Ditemui Sejak 16 Jun
|
Seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak…
Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!