MDTM johan pertandingan landskap Pesta Flora Kelantan 2025

KOTA BHARU – Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) sekali lagi mengukir kejayaan apabila mempertahankan gelaran johan Pertandingan Landskap sempena Pesta Flora Negeri Kelantan 2025, sekali gus mengekalkan keunggulan selama tiga tahun berturut-turut.

Kemenangan itu membolehkan MDTM membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, yang berkenan mencemar duli merasmikan pesta tahunan berkenaan di Taman Perbandaran Tengku Anis, Tanjung Chat.

Naib johan pertandingan dimenangi Majlis Daerah Machang yang menerima hadiah RM7,000, manakala Majlis Daerah Ketereh meraih tempat ketiga dengan ganjaran RM5,000.

Dalam majlis sama, Sultanah turut berkenan mengurniakan hadiah bagi kategori lain, termasuk Pertandingan Gubahan Bunga daripada Rempah Ratus dan Pertandingan Gubahan Bunga Hidup Lobi Pejabat yang kedua-duanya dimenangi Pejabat Tanah dan Jajahan Machang.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud, menzahirkan penghargaan atas keberangkatan Sultanah yang disifatkan sebagai simbol komitmen baginda terhadap kelestarian alam sekitar negeri.

“Pesta Flora 2025 yang berlangsung empat hari bermula hari ini hingga 5 Oktober menampilkan pelbagai pengisian menarik termasuk jualan tanaman hiasan dan florikultur, pameran landskap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pameran bromeliad dan nanas, selain jualan kraftangan, makanan serta input pertanian.

“Pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan kesenian dan budaya tempatan. Pesta ini bukan sahaja mengangkat industri florikultur negeri, bahkan mengukuhkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya menjaga kelestarian alam sekitar,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Media Point

TERKINI

Polis Nafi Tak Ambil Tindakan Kes Lelaki Dipukul Ramai-Ramai Di Wakaf Bharu
|
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak polis tidak…
Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
Jawatan Kosong Kelantan