Kibar bendera Israel: Penganjur disiasat bawah tiga akta

KOTA BHARUPolis Kelantan sedang menyiasat penganjur Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza di Lembah Sireh susulan tindakan mengibarkan bendera Israel dalam acara tersebut, yang kini membabitkan tiga kes siasatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata pihaknya sudah selesai merakam keterangan penganjur petang semalam.

“Penganjur berkenaan disiasat mengikut tiga seksyen iaitu Seksyen 3 Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

“Keterangan penganjur sudah direkodkan petang semalam,” katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan, Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia (AMBM) yang menganjurkan program berkenaan tampil memohon maaf berhubung tindakan mengibarkan bendera Israel ketika melakukan lakonan semula dalam acara itu sehingga menimbulkan salah faham.

Pengarah program, Mohd Khairul Hafiz Hassan, dilaporkan berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama, Harian Metro

TERKINI

Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!