Keluhan netizen didengari, kereta berhias akan berarak dari SUK ke stadium sabtu ini

KOTA BHARU – Keluhan orang ramai akhirnya didengari apabila Perarakan Kereta Berhias sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V ke-56 akan turut melalui jalan utama dari Kompleks Kota Darulnaim (SUK) ke Stadium Sultan Muhammad IV, Sabtu ini.

Sebelum ini, Kelantan Daily melaporkan bahawa perarakan hanya akan berlangsung di dalam stadium bermula jam 8 malam pada 4 Oktober 2025. Perubahan itu sekali gus memberi peluang kepada orang ramai di sekitar bandar Kota Bharu untuk menyaksikan sendiri perarakan berwarna-warni tersebut.

laluan kereta berhias sempena hari keputeraan sultan kelantan


Acara yang dibuka secara percuma itu dijangka menarik ribuan pengunjung dengan kepelbagaian kreativiti, persembahan bercahaya serta hiasan unik pada kenderaan yang mengambil bahagian.

Selain kereta berhias, sambutan ulang tahun itu turut diserikan dengan perarakan gajah dan kuda, beca berhias, persembahan kebudayaan, pertunjukan akrobatik serta pertunjukan bunga api.

Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan bagi memeriahkan suasana sambutan bersejarah tersebut.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara dan sama-sama menyaksikan perarakan penuh tradisi sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan.

#KelantanDaily

TERKINI

Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!