Keluarga di Tumpat simpati nasib gelandangan cedera, tumpang dan rawat lebih seminggu

TUMPAT – Simpati dengan nasib seorang lelaki gelandangan yang mengalami masalah mental serta cedera teruk di tangan akibat pemakaian aksesori ketat, sebuah keluarga di Kampung Dalam Rhu sanggup menempatkan dan menjaganya sejak lebih seminggu lalu.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa, Mohd Azhar Shafii, 46, mengalami kecederaan di kedua-dua tangan selepas dililit tali, getah dan cincin besi yang terlalu ketat sehingga menjejaskan pergerakan.

Keadaan itu disedari keluarga Nor Saily Mt Jusoh, 34, yang kemudian bertindak menyelamatkan serta membawanya mendapatkan rawatan di hospital.

Nor Saily berkata, Mohd Azhar sering datang ke rumahnya untuk meminta sampah dibuang dengan sedikit upah, dan tidak pernah mengganggu penduduk meskipun berdepan masalah mental.

“Minggu lalu dia datang dalam keadaan kesakitan apabila kedua-dua tangannya cekang kerana dililit tali serta getah termasuk jari yang memakai cincin besi ketat.

“Kami memujuknya untuk ke hospital tetapi dia enggan dan melarikan diri. Akhirnya polis dipanggil untuk membawanya mendapatkan rawatan. Lukanya agak teruk kerana aksesori itu sudah lama dipakai,” katanya.

Beliau berkata, keluarganya kini sepakat menjaga Mohd Azhar supaya luka cepat sembuh, dengan menempatkannya di ruang kecil di belakang rumah yang sebelum ini dijadikan stor.

Menurutnya lagi, keluarganya bergilir membeli makanan setiap hari untuk diberikan kepada lelaki itu.

“Mohd Azhar mempunyai tiga lagi adik-beradik, dua daripadanya turut mengalami masalah mental manakala seorang lagi yang normal sudah berkeluarga.

“Mereka empat beradik sudah kematian ibu bapa dan hidup berasingan. Mohd Azhar pula sering merayau dan tidur di merata tempat.

“Kami ambil keputusan untuk mengurusnya sementara luka sembuh kerana doktor menasihati ia perlu dijaga rapi bagi mengelakkan jangkitan. Kalau dia mahu kekal tinggal bersama kami pun tidak mengapa, sekurang-kurangnya hidupnya lebih terurus,” katanya.

Difahamkan, Mohd Azhar menerima bantuan bulanan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan hadir sendiri ke pejabat agensi itu untuk mengambilnya.

Sementara itu, keluarga berkenaan turut menerima kunjungan badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society diketuai pengerusinya, Che Norhayati Mohamed, bersama Pengerusi Reformis Parlimen Tumpat, Baharom Hassan yang menyampaikan wang zakat serta barangan makanan bagi membantu mereka menguruskan Mohd Azhar.

#KelantanDaily
Sumber: Harian Metro

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!