JBPM Kelantan rekod 153 kes pokok tumbang sejak Januari

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan sebanyak 153 kes pokok tumbang dari Januari hingga semalam.

Pengarah JBPM Kelantan, Farhan Sufyan Borhan berkata, daripada jumlah itu satu kes kematian dilaporkan di Tok Bali, Pasir Puteh akibat dihempap pokok tumbang, manakala dua kes kecederaan berlaku di Pasir Puteh dan Bachok.

“Ramalan cuaca di Kelantan menunjukkan kemungkinan berlakunya ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan pedalaman pada sebelah petang dan malam.

“Justeru, kita perlu bersiap sedia lebih awal, walaupun tidak berlaku banjir kemungkinan lain seperti ribut boleh menyebabkan banyak pokok tumbang. Purata sebulan kita terima panggilan mengenai pokok tumbang adalah antara 20 hingga 30 kes,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan JBPM Kelantan di Tunjong, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Farhan Sufyan berkata sebanyak 839 anggota bomba sepenuh masa serta sokongan daripada 16 Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Pasukan Bomba Komuniti (PBK) telah bersiap sedia bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh tahun ini.

“Walaupun MetMalaysia menjangkakan tiada banjir besar berlaku di Kelantan pada tahun ini, kesiapsiagaan tetap dipertingkatkan bagi memastikan tindakan pencegahan, pemantauan awal serta tindak balas pantas dapat dilaksanakan.

“Aset darat dan marin sedia ada akan digunakan sepenuhnya, termasuk 64 bot pelbagai jenis, 12 lori dan 29 kenderaan pacuan empat roda, manakala aset udara seperti helikopter dan dron dari Ibu Pejabat turut berada dalam keadaan siap siaga dan boleh digerakkan pada bila-bila masa untuk ke negeri di Pantai Timur, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya.



Beliau berkata, tiada jentera baharu diterima dan pihaknya akan menggunakan aset sedia ada, manakala bilik gerakan akan mula beroperasi pada November bagi mengukuhkan koordinasi operasi di seluruh negeri.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Facebook Dan Messenger Alami Gangguan, Pengguna Di Seluruh Dunia Terjejas
|
Platform media sosial Facebook dan aplikasi Messenger dilaporkan mengalami…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!