Hadiah RM1,000 menanti juara pertandingan ‘BBidas’ Sabtu Ini

KOTA BHARU – Pertandingan BBidas U-BeS 2025 yang bakal berlangsung sempena Sambutan Hari Anak Muda Kelantan (SEMAKEA) 2025 pada Sabtu ini menjanjikan persaingan sengit dengan hadiah wang tunai RM1,000 menanti juara.

Pertandingan yang mengetengahkan kehebatan peserta dalam sukan tradisional lastik (slingshot) itu akan diadakan di Padang Perdana, Kota Bharu pada 25 Oktober 2025 jam 8.30 pagi.

Pertandingan ini terbuka kepada semua peringkat umur dengan yuran penyertaan serendah RM10, manakala ulangan dibenarkan sekali sahaja dengan bayaran sama.



Antara hadiah ditawarkan ialah RM1,000 bagi johan, RM700 untuk naib johan, RM400 bagi tempat ketiga, RM200 bagi keempat, RM100 bagi kelima, manakala peserta yang menduduki tempat keenam hingga ke-30 akan menerima RM30 setiap seorang.

Selain pertandingan BBidas, SEMAKEA 2025 turut menawarkan pelbagai acara menarik termasuk pertandingan nasyid kategori lelaki bagi pelajar sekolah menengah, memanah tradisional dengan busana Melayu, pertandingan Shoot Out bola jaring, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak serta kejohanan e-sukan seperti PUBG dan Mobile Legends.

Acara tahunan anjuran U-BeS Kelantan itu juga bakal dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan nasyid terkenal Rabbani, selain pelbagai aktiviti komuniti dan pameran daripada agensi kerajaan negeri.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan suasana sepanjang dua hari penganjuran program ini.



Bagi mereka yang berminat menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan, pendaftaran boleh dibuat dengan melayari Facebook rasmi Urus Setia Belia dan Sukan (U-BeS) Kelantan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara penyertaan bagi setiap kategori permainan.

#KelantanDaily

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!