Elavarasan direhatkan, Akmal Rizal ambil alih Kelantan TRW

KOTA BHARU – Pengendali Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW), E. Elavarasan, direhatkan serta-merta susulan prestasi tidak menentu pasukan itu dalam saingan musim ini, lapor Sinar Harian.

Menurut sumber rapat pasukan, keputusan berkenaan dibuat selepas pengurusan tidak berpuas hati dengan prestasi semasa TRW yang gagal menunjukkan konsistensi di bawah kendalian Elavarasan.

“Bagi menggantikan Elavarasan, pengurusan sepakat memilih bekas pengendali Pulau Pinang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, sebagai pengganti,” kata sumber berkenaan.

Difahamkan, Akmal Rizal akan dibantu oleh penolong jurulatih Zairul Fitree Ishak, yang juga pernah bermain bersamanya ketika era kegemilangan The Red Warriors.

Bekas penyerang kebangsaan itu dilaporkan telah tiba di Kota Bharu bagi memulakan tugasan bersama skuad TRW.

Ujian pertama Akmal Rizal adalah pada aksi suku akhir pertama Piala FA menentang Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV pada Jumaat ini.

“Keputusan merehatkan Elavarasan dianggap tepat susulan prestasi tidak menentu pasukan, terutama selepas tewas 1-4 kepada Terengganu FC baru-baru ini,” kata sumber sama.



Setakat ini, Kelantan TRW menghuni tangga ketujuh liga dengan lapan mata selepas tujuh perlawanan, namun Elavarasan sebelum ini berjaya membawa pasukan itu mara ke suku akhir pertama Piala FA musim ini.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!