APM Kota Bharu berjaya tangkap ular sawa batik 200 kilogram

KOTA BHARU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berjaya menangkap seekor ular sawa batik seberat kira-kira 200 kilogram dengan panjang 4.5 meter di Kampung Lubok Jambu, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap APM berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 11.10 malam Khamis daripada seorang pemilik kandang kambing yang memaklumkan kehadiran ular berkenaan.

Menurutnya, reptilia itu pada awalnya dikesan berada dalam kawasan kandang kambing sebelum melarikan diri ke semak berhampiran namun masih berada di dalam pagar kandang tersebut.

“Sepasukan anggota dari CD 204 bersama seorang pegawai, seorang pemandu dan tiga anggota lain-lain pangkat digerakkan ke lokasi.

“Pasukan tiba di lokasi pada jam 12.18 tengah malam dan operasi menangkap ular berkenaan mengambil masa hampir sejam,” katanya.

Tambahnya, ular sawa batik berkenaan berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas sebelum dibawa balik ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kota Bharu pada jam 1.34 pagi.

#KelantanDaily

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!