Perarakan kereta berhias hanya berlangsung di dalam stadium

KOTA BHARU – Perarakan Kereta Berhias sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V ke-56 akan berlangsung pada 4 Oktober 2025, bermula jam 8 malam di Stadium Sultan Muhammad IV.

Acara tersebut dibuka secara percuma kepada orang ramai dan dijangka menarik perhatian dengan kepelbagaian kreativiti serta persembahan bercahaya yang diadakan khusus untuk memeriahkan sambutan bersejarah itu.

Menurut Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan, perarakan berkenaan hanya akan berlangsung di dalam Stadium Sultan Muhammad IV sahaja. Tiada sebarang perarakan di luar atau di jalan-jalan utama sekitar bandar Kota Bharu seperti dimaklumkan sebelum ini.

Walaupun begitu, pelbagai aktiviti tetap disusun untuk menghidupkan suasana sambutan, termasuk perarakan gajah dan kuda, perarakan beca berhias, persembahan kebudayaan, pertunjukan akrobatik serta persembahan bunga api.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara dan menyaksikan perarakan bersejarah sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan itu.

#KelantanDaily
Sumber: Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!