Mudir sekolah pondok didakwa 7 pertuduhan amang seksual di Tumpat

PASIR MAS – Seorang mudir sekolah pondok di Tumpat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini atas tujuh pertuduhan, termasuk melakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki berusia 16 tahun serta memiliki gambar lucah.

Tertuduh, Muhammad Aswadi Yah, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah dan mohon dibicarakan.

Didakwa Lakukan Amang Seksual Sejak Jun 2024

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki di sebuah rumah di Kampung Kubang Batang, Tumpat, antara jam 7 pagi hingga 7.30 pagi sejak Jun 2024 sehingga 20 Ogos lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Memiliki Gambar Lucah

Bagi pertuduhan ketujuh, Muhammad Aswadi didakwa memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit miliknya di lokasi sama pada jam 4 petang, 29 Ogos lalu.

Kesalahan ini didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Jaminan RM45,000 Ditetapkan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Irwan Sumadi.

Pihak pendakwaan memohon jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan amang seksual dan RM5,000 bagi kesalahan memiliki gambar lucah. Namun, peguam tertuduh merayu agar jumlah dikurangkan dengan alasan anak guamnya perlu menanggung keluarga, mempunyai empat anak, serta mengalami masalah kesihatan seperti darah rendah dan sakit tulang belakang.

Mahkamah akhirnya menawarkan jaminan keseluruhan RM45,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh turut dilarang mengganggu saksi dan diwajibkan melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 11 November 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian

TERKINI

Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!