Melaka wajar contohi Kelantan selia aktiviti penjualan arak

MELAKA – Ahli Parlimen Tangga Batu, YB Haji Bakri Jamaluddin, menzahirkan rasa dukacita terhadap kemalangan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Lebuh Alor Gajah – Melaka – Jasin (AMJ), Cheng, awal pagi Khamis yang dipercayai berpunca daripada pemandu mabuk.

Menurut kenyataan di media sosial beliau, walaupun tiada korban jiwa, kejadian tersebut menyebabkan beberapa mangsa cedera serta mengakibatkan kerosakan enam buah kenderaan.

“Kes sebegini bukan kali pertama berlaku, malah berulang saban tahun hingga ada yang meragut nyawa. Justeru, Islam tegas mengharamkan arak kerana ia merosakkan kewarasan akal dan mendorong kepada tindakan yang membahayakan orang ramai,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap kali insiden melibatkan pemandu mabuk berlaku, pelbagai cadangan mengetatkan undang-undang akan dikemukakan, namun akhirnya lenyap begitu sahaja tanpa tindakan tegas.

“Sudah berulang kali desakan dibuat agar kerajaan menghadkan akses pembelian arak dengan mengurangkan lesen penjualan, mewujudkan kawasan khas untuk peminum arak, serta mengenakan hukuman lebih berat,” ujarnya.

YB Bakri menambah, Kerajaan Negeri Melaka wajar mencontohi langkah Kelantan dalam menyelia penjualan arak sehingga berjaya mengawal kejadian seumpama itu.

“Persoalannya, berapa banyak lagi kemalangan harus berlaku sebelum tindakan tegas benar-benar diambil?,” soalnya.

Dalam masa sama, beliau mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan keluarga yang terkesan serta berharap proses undang-undang dapat berjalan segera.

“Hukuman paling berat perlu dikenakan sekiranya terbukti pemandu tersebut berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian,” tegasnya.

#KelantanDaily
Sumber: Bakri Jamaluddin

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!