‘Macam zaman dahulu kala’ Karnival Cakna Rakyat Bunut Payong tarik 2,000 pengunjung

KOTA BHARU – Karnival Cakna Rakyat DUN Bunut Payong 2025 pada Sabtu lalu berlangsung meriah apabila hampir semua pengunjung hadir mengenakan pakaian tradisional, selari dengan tema yang ditetapkan kerajaan negeri tahun ini.

Perasmian karnival disempurnakan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Haji Hassan, yang turut mengenakan busana tradisional pilihan sendiri.

“Malam tadi saya ke kedai mencari pakaian ini, rasa seperti berada pada zaman silam, zaman filem P. Ramlee,” katanya berseloroh, disambut gelak tawa hadirin.

Lebih 2,000 warga tempatan membanjiri Taman Awam Taman Guru, Pintu Geng, untuk memeriahkan karnival yang dimulakan dengan perarakan pakaian tradisi sebelum diteruskan dengan pelbagai aktiviti rakyat seperti sukaneka, persembahan silat, pameran agensi kerajaan dan persembahan khas penyanyi Faris Kota Jembal.

Selain itu, jualan murah daging lembu pada harga RM15 sekilogram turut menjadi tumpuan, dengan orang ramai sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.

Ahli Dewan Negeri Bunut Payong, Tuan Shaari Mat Yaman, berkata suasana karnival tahun ini cukup istimewa kerana pakaian tradisional bukan sahaja dipakai oleh tetamu kehormat, malah disambut baik oleh penduduk pelbagai lapisan.

“Karnival ini memberi peluang kepada semua generasi untuk menghargai warisan tradisi sambil mengeratkan ukhuwah sesama jiran,” katanya.

Pertandingan rumah tradisi terbaik turut diadakan dengan Zon Kampung Sireh dinobatkan juara, diikuti Zon Telipot dan Zon Bunut Payong Hilir.

#KelantanDaily
Sumber: Pusat Khidmat DUN Bunut Payong

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!