Lelaki didenda RM13,000 kali kedua bagi kesalahan miliki 426 liter petrol

PASIR MAS – Seorang lelaki berusia 32 tahun dijatuhi hukuman denda sebanyak RM13,000 oleh Mahkamah Seksyen Pasir Mas pada khamis selepas mengaku bersalah memiliki 425 liter petrol tanpa kebenaran sah pada Disember tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah, dan tertuduh mengaku bersalah tanpa diwakili peguam.

Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan tersebut dilakukan pada 20 Disember 2024 kira-kira jam 10.30 malam di pam nombor lima, Stesen Minyak Petronas Pasir Pekan Hilir, Wakaf Bharu, Kelantan.

Kes berkenaan dituduh di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Puan Siti Edabayu Subhan.

Mahkamah turut memutuskan bahawa tertuduh akan berdepan hukuman penjara 13 bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan.

Menurut rekod, ini merupakan kali kedua lelaki terbabit didakwa di mahkamah atas kesalahan sama.

#KelantanDaily
Sumber: KPDN Kelantan

TERKINI

Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!