Kota Bharu kini dicalonkan sebagai Bandar Kraf Dunia

KOTA BHARU - Kota Bharu kini dicalonkan sebagai Bandar Kraf Dunia di bawah pengiktirafan Majlis Kraf Dunia (WCC), Ahad lepas.

Menurut kenyataan Pertubuhan Kraf Malaysia (MCC) hari ini, pencalonan itu dianggap satu pencapaian penting dan bersejarah kerana membuka peluang untuk seni kraf tempatan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Walaupun pengiktirafan rasmi masih dalam proses penilaian WCC, pencalonan ini sendiri sudah membuktikan kekayaan warisan seni kraf negeri Kelantan serta sokongan padu komuniti kraf di sini.


Pencalonan ini juga menandakan langkah signifikan MCC dalam usaha melestarikan warisan seni kraf, selain membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat, terutamanya wanita dan penggiat seni tekstil tradisional,” menurut MCC.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!