Projek ECRL capai kemajuan 87 peratus – Anthony Loke

KUALA TERENGGANU – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini telah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 87 peratus sehingga Ogos lalu, merentasi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata segmen di Terengganu antara yang paling pantas disiapkan berikutan isu tanah dapat diselesaikan lebih awal, selain faktor geografi negeri itu yang lebih rata serta kurang cabaran pembinaan.

Di Terengganu, pembinaan trek hampir siap, manakala bahagian yang masih belum disiapkan melibatkan jajaran dari Bentong ke Gombak, khususnya Terowong Genting hingga ke Gombak, yang merupakan segmen paling mencabar,” katanya selepas merasmikan Program Transformasi Perkhidmatan BAS.MY Kuala Terengganu di Pasar Payang, hari ini.

Mengulas lanjut, Loke berkata kemajuan ECRL di Kelantan dan Terengganu tidak membimbangkan kerana kebanyakan proses pembinaan telah siap.

Bagaimanapun, beliau mendedahkan terdapat isu kecurian kabel di Pahang yang menjejaskan kelancaran projek di kawasan tersebut.

“Lebih satu kilometer kabel telah dicuri dan itu menjadi masalah kepada pihak pemaju. Mereka perlu menilai semula pendekatan untuk mempercepatkan proses.

Saya telah berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis. Tindakan lebih agresif perlu diambil, termasuk menggunakan peruntukan undang-undang yang lebih tegas untuk menangani isu tersebut,” jelasnya.

Menurut beliau, selain menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan, kecurian kabel turut mengganggu ketenteraman awam.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan