BUDI95: Subsidi bersasar RON95 bermula 27 September, harga turun kepada RM1.99 seliter

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan Malaysia akan melaksanakan sistem subsidi bersasar petrol RON95 melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bermula 30 September 2025.

Menerusi program ini, rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu aktif layak menikmati harga RM1.99 seliter, berbanding harga semasa RM2.05. Bukan warganegara pula perlu membayar harga tanpa subsidi yang dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.

Menurut kenyataan MOF, pelaksanaan BUDI95 akan dilaksanakan secara berperingkat:

  • 27 September: 300,000 anggota tentera dan polis mula menikmati subsidi.
  • 28 September: Golongan B40 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) turut layak.
  • 30 September: Program dibuka penuh kepada lebih 16 juta warganegara berumur 16 tahun ke atas dengan lesen memandu sah.

Setiap rakyat menerima siling 300 liter petrol bersubsidi sebulan, manakala pemandu e-hailing boleh memohon kuota tambahan. MOF menjelaskan jumlah ini ditetapkan berdasarkan dapatan Jabatan Perangkaan, di mana lebih 99% pemandu persendirian tidak melepasi penggunaan tersebut.

Bagi kemudahan rakyat, tiada pendaftaran diperlukan – hanya pengesahan MyKad di pam minyak atau kedai. Terminal pembaca MyKad turut disediakan untuk mengurangkan kesesakan, manakala pengguna celik digital boleh menggunakan e-dompet Touch ’n Go dan aplikasi seperti Setel serta CaltexGO.

“Kerajaan MADANI telah mengotakan komitmen untuk mengurangkan harga petrol RON95 demi manfaat rakyat. Penjimatan daripada BUDI95 akan disalurkan semula melalui program bantuan seperti STR dan SARA, di samping menambah baik sektor kesihatan, pendidikan dan prasarana asas,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai disaran merujuk saluran rasmi MOF bagi maklumat terkini berhubung pelaksanaan BUDI95.

#KelantanDaily
Sumber: MOF

TERKINI

Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Bomba Dedah Punca Kebakaran 27 Rumah Di Gok Kapur
|
Kebakaran yang memusnahkan 27 rumah di Kampung Gok Kapur…
Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
|
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua…
Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!