12 lagi outlet Family Mart bakal dibuka di Kelantan

KOTA BHARU – Rangkaian kedai serbaneka popular, FamilyMart, bakal membuka 12 lagi outlet baharu di Kelantan dalam masa terdekat, sekali gus memperkukuh kedudukan jenama itu di negeri Pantai Timur.

Menurutl laporan Utusan, Pengarah QL Maxincome Sdn. Bhd. (FamilyMart Malaysia), Datuk Noor Azman Nordin, berkata setakat ini dua outlet telah beroperasi di Kelantan dan jumlah itu akan terus bertambah selaras dengan perancangan pengembangan syarikat.

“Di Kelantan, dua outlet telah dibuka dan sebanyak 12 lagi outlet akan menyusul tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB), di sini, pada jumaat.

Perluasan di Pantai Timur

Selain Kelantan, FamilyMart turut memperluaskan operasi di Terengganu dan Pahang.

“Di Terengganu, empat outlet sudah beroperasi dan jumlahnya dijangka mencapai 14 hingga 15 cawangan keseluruhan,” jelas Noor Azman.

Walau bagaimanapun, beliau berkata FamilyMart belum mempunyai perancangan untuk membuka cawangan di Sabah dan Sarawak kerana cabaran rantaian bekalan, terutamanya produk makanan segar seperti oden dan onigiri yang hanya bertahan enam hingga lapan hari.

“Jika dihantar dari Semenanjung, kosnya tinggi dan memerlukan pembukaan dapur baharu di sana. Semua faktor ini perlu diteliti sebelum membuat keputusan,” tambahnya.

Lebih 3,000 Pekerja Seluruh Negara

Sehingga kini, FamilyMart Malaysia mempunyai kira-kira 450 cawangan di seluruh negara sejak mula beroperasi pada 2016, dengan jumlah pekerja mencecah 3,000 orang.

Bagi memastikan tenaga kerja yang mencukupi, FamilyMart bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk politeknik dan kolej komuniti.

#KelantanDaily
Sumber: Utusan

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan