Jambatan Bailey dipasang di lokasi tanah mendap jalan Gua Musang – Kota Bharu berdekatan Machang

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memasang jambatan Bailey di laluan FT008, Seksyen 348.10 hingga 350.20, Jalan Gua Musang–Kota Bharu berhampiran Machang, Kelantan yang ditutup sejak 14 September akibat mendapan tanah.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata beliau telah menerima laporan penuh kerosakan berkenaan dan kini dalam proses mendapatkan peruntukan bagi membolehkan kerja pembaikan segera dilaksanakan.

“Projek ini bukan kerja biasa, ia perlu disegerakan kerana melibatkan jalan utama ke Kuala Krai. Jika dana sedia ada tidak mencukupi, KKR akan membawa perkara ini kepada Kementerian Kewangan untuk mendapatkan peruntukan kecemasan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Kesiapsiagaan KKR Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025 di Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) JKR di sini, pada jumaat.

Jambatan Sementara Dipasang

Komander BiGBen JKR, Muhammad Shukeri Mohammad, memaklumkan jambatan sementara itu telah dibawa ke lokasi dan kerja pemasangan sedang dijalankan.

“Kerja pemasangan jambatan Bailey bermula hari ini (semalam) oleh pasukan Bailey JKR Machang, JKR Kinta dan Cawangan Senggara Fasiliti Jalan.

“Pemasangan dijangka mengambil masa seminggu dan siap pada Sabtu depan. Laluan akan dibuka semula pada Ahad,” katanya.

Sebelum ini, JKR Machang memaklumkan jalan utama yang menghubungkan Gua Musang dan Kota Bharu itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula Ahad lalu susulan mendapan tanah.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan