Terbang dari Melbourne ke Kota Bharu sebab rindu nak makan budu [VIDEO]

KOTA BHARU – Penangan budu memang lain macam. Sekali merasa, pasti akan teringat. Begitulah yang dikongsikan dalam satu video TikTok oleh pengguna @mohamadbinsalleh apabila seorang wanita dipercayai berketurunan Cina sanggup pulang dari Melbourne, Australia ke Kelantan kerana rindu menikmati budu.

Menerusi video berkenaan, wanita yang dikenali sebagai Cindy dilihat menjamu selera bersama rakan-rakannya sambil menikmati budu dengan penuh berselera. Lebih menarik, dia juga petah bercakap dalam loghat Kelantan, menambahkan lagi keterujaan penonton.

Dipercayai juga, Cindy berasal dari Kelantan namun kini menetap di Melbourne. Kepulangannya kali ini menjadi peluang untuk melepaskan kerinduan terhadap makanan tradisi kegemaran itu.

Berdasarkan perkongsian, Cindy dipercayai menikmati hidangan tersebut di restoran Singgora, antara lokasi popular di Kota Bharu yang terkenal dengan menu nasi ulam serta suasana kampung ala zaman dahulu.

Kerinduan Cindy akhirnya terubat, membuktikan bahawa budu bukan sekadar makanan, malah menjadi ikatan kuat yang mampu menarik perantau pulang ke tanah air.

#KelantanDaily

@mohamadbinsalleh

Walau ke mana pun pergi, masih teringat negeri asal. Makan dan percakapan masih lagi kekal. Itulah jati diri. #singgora #rumahsinggora

♬ original sound - Singgora KB - Singgora KB

TERKINI

Terima Upah RM70, Dua Lelaki Ditahan Bersama 13 Lembu Seludup Dari Thailand
|
Dua lelaki yang didakwa menerima upah RM70 untuk menghantar…
Rezeki Haji Sekeluarga, Isteri Simpan Hasil Toreh Getah Suami Jual Lembu Demi Ke Tanah Suci
|
Rezeki menunaikan haji tahun ini benar-benar menjadi kenangan paling…
Kutipan Zakat MAIK 2025 Cecah RM354.6 Juta, Tertinggi Dalam Sejarah Kelantan
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)…
Abang Ipar Upah RM15 Satu “Trip” Seludup Petrol Ke Thailand
|
Taktik licik penyeludup yang membuat pembelian petrol secara berulang…
Dua Remaja Perempuan Mengaku Jadi Pengintip Tekong Darat Seludup PATI
|
Dua remaja perempuan dipercayai berperanan sebagai pengintip kepada tekong…
1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan, PM Arah Bantuan Segera
|
Kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia, Sandakan…
Jawatan Kosong Kelantan