KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap

Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan bola sepak Tammanat Piala FA Golok 2026 yang akan berlangsung di Thailand pada penghujung Jun ini.

Kejohanan berformat kalah mati itu bakal menghimpunkan sebanyak 64 kelab dari Malaysia dan Thailand yang akan bersaing merebut kejuaraan.

Menurut maklumat yang dikongsikan, skuad Perwira Merah akan turun beraksi dalam perlawanan pembukaan kejohanan pada 27 Jun ini.

Lebih menarik, kejohanan tersebut turut dilaporkan akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand yang dijangka menyaksikan sendiri aksi pembukaan berkenaan.

Penyertaan KRWFC dilihat sebagai peluang terbaik untuk pasukan itu mengukur kemampuan di pentas antarabangsa selain mengeratkan hubungan sukan antara Malaysia dan Thailand.

Tammanat Piala FA Golok 2026 dijangka menjadi antara kejohanan yang mendapat perhatian peminat bola sepak di kawasan sempadan kedua-dua negara susulan penyertaan puluhan kelab yang bakal bersaing dalam format kalah mati.

jadual perlawanan Tammanat Piala FA Golok 2026


KRW dijadualkan bertemu pasukan Dan Phulayu FC (Thailand) untuk aksi pembukaan pada Sabtu, 27 Jun 2026 di Stadium Santiphap, Bacho, Narathiwat jam 2.00 petang.

TERKINI

Kereta Dah Jumpa, Nor Afiza Masih Belum Ditemui Sejak 16 Jun
|
Seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak…
Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Bomba Dedah Punca Kebakaran 27 Rumah Di Gok Kapur
|
Kebakaran yang memusnahkan 27 rumah di Kampung Gok Kapur…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!