200,000 rakyat Malaysia masuk ke Thailand, belanja lebih RM50 juta sempena cuti Hari Malaysia

KUALA LUMPUR – Sempena cuti sambutan Hari Malaysia 2025, kira-kira 200,000 rakyat Malaysia dilaporkan berbelanja hampir RM50 juta di beberapa wilayah selatan Thailand.

Presiden Persatuan Perdagangan dan Pelancongan Halal Thailand–Asia Tenggara (TAHTA), Aida Oujeh, berkata Hatyai terus menjadi pilihan utama pelancong selain kawasan sekitar seperti Narathiwat, Yala, Pattani dan Songkhla.

Beliau memaklumkan, kadar tempahan hotel di wilayah berkenaan mencatatkan peningkatan mendadak dengan lebih 120,000 bilik sudah ditempah lebih awal menjelang cuti panjang.

“Anggaran menunjukkan antara 90 hingga 95 peratus bilik penginapan dipenuhi. Jika dikira dua orang bagi setiap bilik, jumlah pelancong Malaysia ke selatan Thailand melebihi 200,000 orang.

“Secara purata, setiap pelancong membelanjakan sekitar 4,000 baht atau RM522 untuk penginapan, makanan serta pengangkutan sepanjang tiga hari,” katanya seperti dipetik NST Online.

Sementara itu, pengusaha pelancongan Pattani, Ramli Ibrahim, menjelaskan kesemua 3,000 van pelancong di wilayah selatan Thailand sudah habis ditempah antara 13 hingga 16 September.

Bagi pengusaha restoran di Narathiwat, Suraya Harun, kedatangan pelancong Malaysia dilihat sangat penting kerana memberi sokongan besar kepada ekonomi setempat dan perdagangan rentas sempadan.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian, Utusan

TERKINI

Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Bomba Dedah Punca Kebakaran 27 Rumah Di Gok Kapur
|
Kebakaran yang memusnahkan 27 rumah di Kampung Gok Kapur…
Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
|
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua…
Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!