Perantau Mula Balik Kampung, Trafik Ke Gua Musang Semakin Sibuk

Aliran trafik menuju ke pusat bandar Gua Musang semakin sibuk di beberapa lokasi susulan pertambahan kenderaan apabila perantau mula pulang bercuti ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidiladha.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, anggota polis trafik telah digerakkan bagi memantau keadaan lalu lintas susulan peningkatan jumlah kenderaan sejak semalam.

Menurut beliau, pemantauan tertumpu di beberapa lokasi ‘hot spot’ termasuk laluan masuk sempadan Pahang-Kelantan di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis serta Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

“Hasil tinjauan semasa mendapati jumlah kenderaan semakin bertambah hari ini berbanding semalam, namun aliran trafik masih lancar dan tiada kesesakan teruk dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata, Unit Kereta Peronda turut melakukan pemantauan berterusan di kawasan tumpuan dan lokasi ‘bottleneck’ bagi membantu melancarkan pergerakan trafik.

Katanya, pihak polis menjangkakan jumlah kenderaan akan terus meningkat menjelang petang dan menyebabkan pergerakan menjadi perlahan terutama di persimpangan lampu isyarat.

Menurut Choon Foo, pihaknya turut melakukan penarikan trafik selama kira-kira 30 hingga 40 minit di Persimpangan Bendahara tengah hari tadi bagi menyuraikan kesesakan menghala ke Kuala Krai.

“Keadaan trafik kini kembali terkawal dan lancar termasuk di sempadan Merapoh, Pahang sebelum memasuki Kampung Mentara,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan hampir satu juta kenderaan dijangka memasuki Kelantan sempena cuti panjang sambutan Hari Raya Aidiladha.


Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Kelantan Red Warrior FC Sedia Beraksi Di Liga Super Musim Depan
|
Saingan Liga A1 Semi Pro 2025/2026 akhirnya melabuhkan tirai…
Perantau Mula Balik Kampung, Trafik Ke Gua Musang Semakin Sibuk
|
Aliran trafik menuju ke pusat bandar Gua Musang semakin…
Upah RM2,500 Sekali Jalan, Lelaki Dicekup Bawa 19 PATI Di Machang
|
Seorang lelaki tempatan dipercayai menerima upah RM2,500 bagi setiap…
Lebih 200 Individu Lombong Emas Secara Haram, Purata Dapat 10 Gram Sehari
|
Lebih 200 individu dipercayai terbabit dalam kegiatan perlombongan emas…
5 Beradik Yatim Piatu Dijaga Datuk Dan Nenek, Individu Tampil Perbetulkan Fakta
|
Aktivis kebajikan, Tengku Harith tampil membuat penjelasan berhubung kisah…
Kelantan Bakal Cipta Sejarah Malam Esok
|
Kelantan Red Warrior FC bakal mencipta sejarah malam esok…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!