Dr Nik Zawawi Selesai Beri Keterangan Di IPD Kota Bharu

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu hari ini berhubung ucapannya yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh turut merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kerjasama yang diberikan sepanjang proses tersebut.

“Saya Datang Beri Kerjasama Kepada PDRM”

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini, beliau berkata kehadirannya ke IPD Kota Bharu adalah bagi memberi kerjasama kepada pihak polis.

“Alhamdulillah di pagi Jumaat yang ceria hari ini, saya datang memberi kerjasama kepada pihak PDRM untuk buat laporan (keterangan) berkenaan dengan ucapan saya baru-baru ini.

“Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada PDRM yang memberi kerjasama yang baik. Alhamdulillah ia sempurna dengan kerjasama pegawai-pegawai di IPD Kota Bharu,” katanya.

Ucap Terima Kasih Kepada Rakyat Malaysia

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan isu berkenaan.

“Terima kasih juga kepada semua rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan ini, mudah-mudahan perkembangan ilmiah seumpama ini memberi keinsafan kepada kita semua khususnya kepada saya supaya lebih berwaspada dengan fakta-fakta ilmiah yang ada di dalam kitab dan supaya kita mengambil pendapat yang paling kuat di dalam kitab,” katanya.

“Kalau Ambil Yang Lemah, Memang Timbul Masalah”

Menurutnya, jika sesuatu pendapat yang lemah diambil, ia boleh menimbulkan masalah.

“Jadi kalau kita ambil yang kuat, Insya-Allah selamat dan ia menjadi pengajaran kepada saya serta kepada kita semua dalam perkara seumpama ini.

“Mudah-mudahan semua yang berlaku ini akan memantapkan lagi perjuangan kita dan ambil pengajaran yang ada di dalamnya,” katanya.

Ucapan Tular Sentuh Perihal Kehidupan Sahabat Rasulullah

Terdahulu, tular petikan ucapan bekas Ketua Dewan Ulamak PAS itu yang menceritakan perihal kehidupan Sayidina Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali Abi Talib sebelum memeluk Islam.

Nik Muhammad Zawawi menggambarkan Abu Bakar sebagai ‘bapa ceti’ kerana gemar memberi pinjaman kepada orang ramai dan menekan golongan miskin, manakala Umar pula dikatakan berperwatakan ganas dan suka berzina.

Beberapa Pihak Buat Laporan Polis

Susulan itu, beberapa pihak tampil membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau yang dianggap mencetuskan sensitiviti dalam kalangan masyarakat.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Kelantan Nafi UEC Jadi Syarat Kemasukan Program Asasi KIAS, Hanya SPM Diiktiraf
|
Kerajaan Kelantan menafikan bahawa kelayakan Unified Examination Certificate (UEC)…
7 GRO Warga Asing, 3 PATI Myanmar Ditahan Di Kota Bharu
|
Kegiatan tujuh wanita warga asing yang dipercayai menyalahgunakan pas…
Kes Bunuh OKU Di Bachok: Pasangan Suami Isteri Pula Direman
|
Pasangan suami isteri direman bagi membantu siasatan kes bunuh…
Rumah Macam Wad, Wanita Di Tumpat Tabah Jaga Suami Terlantar, Ibu Dan Adik Sakit Kronik
|
Seorang wanita di Tumpat tidak pernah mengeluh atau merungut…
Kanak-Kanak 2 Tahun Terima 20 Jahitan Selepas Diserang Kera Dalam Rumah Di Peringat
|
Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila menerima lebih…
Rakyat Kelantan Cintakan Majlis Ilmu, Ribuan Hadir Sambut UAS Di 3 Daerah
|
Kehadiran penceramah terkenal dari Indonesia, Prof. Dr. Ustaz Abdul…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!