Pemandu Van Ditahan, Murid Tahun Dua Maut Dirempuh Depan Pagar Sekolah

Pemandu van yang terbabit dalam kemalangan sehingga mengorbankan murid Tahun Dua, Nur Aini Umairah Mohd Fareez, 8, di hadapan pintu pagar sekolahnya di Parit Sulong, Batu Pahat, tengah hari tadi, telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, lelaki berusia 60 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, pemandu berkenaan ditahan sejurus insiden berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku ketika van dipandu lelaki itu bergerak keluar dari dalam kawasan sekolah setelah selesai menghantar barang.

“Ketika bergerak keluar melalui pintu pagar utama, van itu melanggar mangsa yang sedang berjalan di hadapan pintu terbabit.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa yang parah pada bahagian kepala dan organ dalaman, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Klinik Kesihatan Parit Sulong,” katanya dalam kenyataan.

Beliau memaklumkan pemandu van itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan dijalankan atas kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Jenazah Nur Aini Umairah selamat dikebumikan bersebelahan pusara neneknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Mustaffa, Parit Sulong pada jam 8.35 malam tadi.

Suasana hiba menyelubungi majlis pengebumian yang dihadiri ratusan orang terdiri daripada ahli keluarga, rakan serta penduduk kampung.

Linangan air mata mengiringi perjalanan terakhir murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon itu.

BERKAITAN:
Murid Tahun Dua Maut Dilanggar Van Depan Pagar Sekolah
“Saya Hanya Terlewat Beberapa Minit…” – Ibu Murid Maut Dilanggar Van


Malah ibunya, Asmilah Tukiran, 37, dilihat beberapa kali hampir pengsan ketika menunggu di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) bagi menuntut jenazah anak sulung daripada dua beradik itu.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Jenazah Dua Beradik Lemas Di Paka Selamat Dikebumikan Di Melor, Kota Bharu
|
Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran…
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit Sedalam Dua Meter Di Tawang
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya…
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
32 Gol Semusim, Mbarga Bagi Bayangan Kekal Bersama KRW FC
|
Pemenang kasut emas Liga A1 Semi Pro, Emmanuel Mbarga…
Jangan Sekadar Tulis Di Media Sosial, Exco Minta Aduan Air Terus Dibuat Kepada AKSB
|
Kerajaan Kelantan meminta rakyat menyalurkan aduan berkaitan bekalan air…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!