[VIDEO] Treler Hilang Kawalan Himpit Pikap Di LPT2, Bapa Maut Dua Anak Cedera

Satu kemalangan tragis melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai mengorbankan seorang lelaki, manakala dua anak perempuannya cedera.

Dalam kejadian di Kilometer 290 LPT2 itu, mangsa Rosli Yusuf, 55, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dalaman badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.33 petang semalam.

Menurutnya, dua anak mangsa iaitu Auni Ukhratan Basyirah, 15, dan Iliya Markisa Qurrata Aini, 23, mengalami kecederaan ringan pada anggota badan dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah treler membawa muatan bata, sebuah kenderaan pikap jenis Mitsubishi Triton dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

“Kemalangan berlaku apabila treler di lorong kiri dipercayai hilang kawalan sebelum menghimpit kenderaan pikap dipandu mangsa di lorong kanan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, treler dan pikap berkenaan melanggar besi penghadang jalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Pada masa sama, sebuah SUV dari arah bertentangan dilaporkan gagal mengelak lalu melanggar bahagian kiri kenderaan pikap terbabit.

Kemalangan itu turut menyebabkan treler terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter.

Mangsa yang bekerja sebagai penolong juruteknik dilaporkan sedang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Kampung Payoh, Kemaman.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Tak Mahu Susahkan Keluarga, Lelaki Sakit Kronik Nekad Tinggal Dalam Hutan Di Rantau Panjang
|
Seorang lelaki sanggup tinggal bersendirian di sebuah bangsal usang…
[VIDEO] Treler Hilang Kawalan Himpit Pikap Di LPT2, Bapa Maut Dua Anak Cedera
|
Satu kemalangan tragis melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Pantai…
Treler Terbabas Melintang Jalan, Trafik Sesak 7 Kilometer Di Gua Musang
|
Awal pagi tadi, pengguna jalan raya di laluan Gua…
Tiada Pesta Air, Singapura Tarik Pelancong Dengan Dikir Barat
|
Tatkala Kuala Lumpur sibuk dengan kemeriahan Festival Rain Wave…
Polis Kelantan Berjaya Selesaikan Kes Pelajar Ditikam Kurang Dari 24 Jam
|
Kes pembunuhan tragis membabitkan seorang pelajar kolej wanita berusia…
“Hedonisme Melampau Bukan Budaya Malaysia” – Exco Kelantan Kritik Pesta Air Bukit Bintang
|
Isu penganjuran Pesta Air Bukit Bintang yang didakwa mencetuskan…
Jawatan Kosong Kelantan