LTSIP Paling Moden Di Malaysia, Mampu Tampung 4 Juta Penumpang

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang baharu kini mampu menampung sehingga empat juta penumpang setahun, sekali gus menjadi antara peningkatan kapasiti paling besar bagi lapangan terbang domestik di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyifatkan LTSIP sebagai lapangan terbang domestik paling moden dan tercantik di seluruh negara selepas siap dinaik taraf.

Menurut beliau, keluasan terminal telah diperluaskan daripada 12,000 meter persegi kepada 36,000 meter persegi.

Selain itu, kemudahan parkir kenderaan turut ditambah daripada 450 kepada 1,300 lot bagi meningkatkan keselesaan pengguna.

Jumlah parkir pesawat juga dinaikkan daripada lima kepada 11.

“Projek penaiktarafan LTSIP ini adalah manifestasi komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh jaringan infrastruktur pengangkutan udara negara secara inklusif dan mampan, khususnya di Kelantan.

“Usaha ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan mobiliti rakyat yang semakin meningkat, di samping merangsang pertumbuhan ekonomi setempat melalui peningkatan aktiviti pelancongan, perdagangan dan pelaburan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Mengulas statistik Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Loke berkata LTSIP telah mengendalikan lebih 1.7 juta penumpang pada tahun 2025, iaitu peningkatan 14.1 peratus berbanding 1.47 juta penumpang pada tahun 2024.

Katanya, jumlah tersebut telah melepasi kapasiti asal terminal iaitu 1.5 juta penumpang setahun dengan lebihan sekitar 14.8 peratus, sekali gus menunjukkan keperluan mendesak untuk penaiktarafan.

Beliau menjelaskan peningkatan ketara itu didorong oleh permintaan tinggi perjalanan domestik terutama laluan strategik Kota Bharu–Kuala Lumpur yang antara laluan penerbangan paling sibuk di negara ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan projek penaiktarafan LTSIP bernilai RM440 juta dilaksanakan secara berfasa.

Fasa 1 telah siap dan mula beroperasi pada Mei 2024, manakala Fasa 2 merangkumi pembangunan lebih menyeluruh termasuk pembesaran penuh terminal penumpang dan pembinaan bangunan parkir bertingkat.

Loke menegaskan Kerajaan Persekutuan kekal komited untuk memastikan infrastruktur pengangkutan udara negara sentiasa berada pada tahap terbaik melalui siri penaiktarafan lapangan terbang di seluruh negara.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Cucu Tok Guru Nik Aziz, Senator Azhar Pilih Berdamai Tamatkan Kontroversi
|
Kontroversi melibatkan cucu bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik…
MB Kelantan Salur Bantuan Awal Kepada Mangsa Kebakaran Gok Kapor
|
Kerajaan Negeri Kelantan menyalurkan bantuan awal kepada mangsa kebakaran…
Remaja 15 Tahun Cuci Kereta Demi Keluarga, MAIK Tampil Hulur Bantuan Buat Shamir
|
Seorang remaja berusia 15 tahun yang sebelum ini terpaksa…
Tragedi Tohoi: Hilang Dalam Hutan 47 Hari, Dua Murid Sekolah Berusia 10 Dan 11 Tahun Ditemui Selamat
|
Hampir 11 tahun berlalu, namun tragedi kehilangan tujuh murid…
Ibu Angkat Ditahan Kurung Kanak-Kanak 9 Tahun Dalam Stor Belakang Rumah
|
Nasib malang seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang…
Jangan Hukum Semua Pelarian Rohingya Kerana Kesalahan Segelintir Individu – ABIM
|
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan bahawa pendirian mereka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!