Persimpangan Panji Ditutup Sehingga 9 April, Pengguna Diminta Rancang Perjalanan

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan memaklumkan bahawa Laluan FT131 di Persimpangan Panji dari Simpang Empat Pauh Panji menghala ke Kota Bharu akan ditutup sepenuhnya selama enam hari bermula 4 April 2026 (Sabtu) sehingga 9 April 2026 (Khamis).

Penutupan ini bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja membuka temporary A-Frame serta penggalian dan pembinaan crossing pipe MS 750mm diameter di kawasan Flyover Persimpangan Panji bagi memastikan kerja dilaksanakan dengan selamat dan teratur.

Laluan D106 Jalan Hospital juga terlibat, termasuk kawasan sekitar Flyover Panji CH2380 berhampiran landmark JPJ Kelantan.

Pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan mereka dengan menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kesesakan dan sebarang kejadian tidak diingini.

JKR menegaskan bahawa penutupan ini adalah untuk keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya pada masa hadapan, dan kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Kerjasama semua pihak amat diharapkan.

notis JKR penutupan persimpangan pauh panji kota bharu

SHARE:

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!