Dah Terbalik, Rakyat Malaysia Masuk Ke Thailand Beli Diesel

Sebilangan rakyat Malaysia dilaporkan masih masuk ke Thailand semata-mata untuk membeli diesel yang dijual lebih murah berbanding harga di negara ini.

Di Narathiwat, seorang pekerja stesen minyak yang hanya mahu dikenali sebagai Tie, 35, berkata ketika ini harga diesel di Thailand dijual pada 38 baht seliter, bersamaan kira-kira RM4.82.

Menurutnya, kebanyakan pelanggan dari Malaysia datang dari kawasan sempadan Kelantan seperti Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat yang berhampiran dengan wilayah Narathiwat.

“Kebanyakan orang Malaysia ini datang dari sekitar Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat yang bersempadan dengan wilayah Narathiwat untuk membeli bahan bakar itu,” katanya.

Situasi itu dipercayai dipengaruhi perbezaan harga diesel antara kedua-dua negara, apabila harga diesel di Malaysia kini dilaporkan meningkat kepada RM5.52 seliter susulan kesan konflik di Asia Barat.

Perbezaan tersebut menyebabkan ada pengguna sanggup merentas sempadan untuk mendapatkan bahan api pada harga lebih murah.


Sumber: Utusan

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan