Dua Rakyat Malaysia Dicekup Di Sungai Golok, Disyaki Curi Motosikal Sewa Dan Miliki Dadah

Dua lelaki warga Malaysia ditahan polis Thailand selepas dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah motosikal sewa dan memiliki dadah dalam satu serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, kelmarin.

Kedua-dua suspek yang berusia 26 dan 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas polis menyerbu bilik hotel yang mereka diami.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Thun Sirikhunt berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang pengusaha motosikal sewa berhubung kehilangan sebuah motosikal.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati salah seorang suspek menyewa motosikal tersebut menggunakan kad pengenalan milik individu lain.

“Suspek bagaimanapun tidak memulangkan motosikal tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan sebelum pemilik kenderaan tersebut membuat laporan polis.

“Polis berjaya mengesan pergerakan suspek menerusi penelitian rakaman televisyen litar tertutup sebelum menyerbu sebuah bilik hotel di sini,” katanya.

Pemeriksaan di bilik hotel itu turut menemukan 11 biji pil kuda dan empat biji pil Eramin 5.

Sirikhunt berkata, siasatan juga mendapati pemilik kad pengenalan yang digunakan untuk menyewa motosikal tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah berkenaan.

“Sehubungan itu, kita masih memburu seorang lagi rakyat Malaysia berusia dalam lingkungan 20-an yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

“Motosikal yang dilaporkan hilang sudah ditemui semula susulan penahanan kedua-dua suspek,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan pengusaha kereta dan motosikal sewa di Sungai Golok supaya memperketatkan proses pengesahan identiti penyewa serta memasang sistem pemantauan kenderaan bagi memudahkan proses pengesanan sekiranya berlaku jenayah.

Sumber: Kosmo

TERKINI

Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya Berdepan 2 Lagi Kes
|
Persis Binatang, Lelaki Rogol Dan Samun Di Palekbang Rupanya…
Lelaki Maut Dilanggar Lari Ketika Pasang Bendera Parti
|
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori yang…
SPRM Kelantan Tahan Ketua Balai Polis, Direman 7 Hari Kes Rasuah RM500
|
Seorang ketua balai polis direman selama tujuh hari bermula…
Kes Rogol, Samun di Tumpat: Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan
|
Kes yang menggemparkan rakyat Kelantan bulan lalu apabila seorang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!